|
|
|
 |
|
|
|
|
|
APLIKASI DALAM TALIAN |
|
|
|
|
|
AKHBAR
DALAM TALIAN |
|
|
|
|
|
|
KOD 8 (CARA MANDI
WAJIB) |
|
|
| |
Soalan L8.1:
Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan
mandi |
|
| |
Jawapan:
Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah;
-
keluar mani
-
haid
-
Janabah (bersetubuh)
-
Wiladah (bersalin)
-
Nifas (darah yang mengiringi wanita
yang bersalin)
-
Mati, selain mati syahid
|
|
| |
Soalan L8.2:
Terangkan cara mandi wajib yang betul
dan sempurna. |
|
| |
Jawapan:
Cara mandi wajib ialah:
-
Bersihkan badan daripada segala
kekotoran.
-
Hilangkan segala benda yang boleh
menghalang air sampai ke kulit
anggota badan.
-
Ambil wuduk.
-
Sebut lafaz niat
|
|
| |
|
|
| |
-
Jiruskan air mutlak ke kepala
berserta dengan niat sebaik-baik
sahaja air mengenai anggota kepala.
Jirusan ke kepala itu sebanyak tiga
kali. Niatnya ialah: "sahaja aku
mengangkat Hadas Besar fardhu atasku
kerana Allah Taala" atau"sahaja
aku mandi kerana haid/janabah/nifas
fardhu atasku kerana Allah Taala"
-
Jiruskan air ke anggota badan
sebelah kanan tiga kali, kemudian
jiruskan pula air ke anggota badan
sebelah kiri tiga kali.
-
Ratakan air keseluruh anggota badan.
Selatkan rambut, janggut dan semua
bulu supaya air sampai ke kulit.
Ratakan juga air ke tempat
lipatan-lipatan dan celah anggota
badan yang zahir seperti telinga,
hidung, mata, ketiak, pusat, celah
paha, qubul dan dubur dalam keadaan
mencangkung. Jika air tidak rata
dengan tiga jirusan seperti di atas,
maka hendaklah ditambah lagi jirusan
sehingga air rata ke seluruh anggota
badan. Semasa meratakan air,
hendaklah dijaga supaya tapak
tangannya tidak menyentuh qubul dan
dubur tanpa lapik yang menyebabkan
wuduknya batal.
|
|
|