|
|
Soalan L15.1:
Apakah dimaksudkan dengan ihsan. |
|
|
|
Jawapan:
Melakukan ibadat kepada Allah
dengan sebaik-baiknya
seolah-olah kamu melihat Allah
atau sesungguhnya Allah melihat
kamu. Dengan perkataan lain
bahawa:
-
Allah melihat apa yang anda
lakukan
-
Allah mendengar apa yang
anda perkatakan
-
Allah mengetahui apa yang
anda fikirkan.
|
|
|
|
Soalan L15.2:
Sebutkan sifat utama dalam ihsan. |
|
|
|
Jawapan:
Sifat utama dalam ihsan ialah
sentiasa ikhlas semata-mata
kerana Allah. |
|
|
|
Soalan L15.3:
Apakah kebaikan yang diperolehi
oleh orang-orang yang berbuat
ihsan?. |
|
|
|
Jawapan:
Kebaikan yang diperolehinya
ialah:
-
Allah sentiasa mengasihinya.
-
Allah melimpahkan rahmat
kepadanya.
-
Allah mengampuni dosanya.
-
Allah sentiasa memberi
pertolongan kepadanya.
-
Allah memberi ganjaran
pahala.
-
Jaminan masuk kesyurga.
|
|
|
|
Soalan L15.4:
Apakah konsep ihsan?. |
|
|
|
Jawapan:
Konsep ihsan ialah:
Melakukan sesuatu ibadat dan
pekerjaan berasaskan ilmu dan
kefahaman yang betul, dengan
cara yang terbaik, mengikut
peraturan serta IKHLAS SEMATA-MATA
KERANA ALLAH.
Ihsan mencetuskan sikap dan
akhlak yang mulia. Menjadikan
kehidupan bersih, selesa, aman
dan harmoni. |
|
|
|
Soalan L15.5:
Nyatakan
maksud ihsan;
-
dalam ibadat
-
dalam pekerjaan
-
terhadap diri sendiri
-
terhadap sesama insan
-
terhadap binatang
-
terhadap alam sekitar
|
|
|
|
Jawapan:
-
Ihsan dalam ibadat ialah:
Bersungguh-sungguh dan
khusyu' dalam mengerjakan
ibadat seperti bangun di
tengah malam untuk melakukan
solat tahajud.
-
Ihsan dalam pekerjaan ialah:
Melakukan setiap pekerjaan
dengan bersungguh-sungguh,
tekun, cekal dan cermat
supaya menghasilkan sesuatu
yang sempurna, bermanfaat
dan berkualiti.
-
Ihsan terhadap diri sendiri
ialah:
Menyempurnakan hak diri yang
boleh membawa kebaikan dan
kebahagiaan di dunia dan di
akhirat dengan iman, ilmu,
harta benda dan keluarga
yang soleh. Tidak menzalimi
diri sendiri dengan
mendedahkannya kepada segala
punca dan bentuk kebinasaan
seperti minum arak,
mengambil dadah, berjudi,
zina, liwat, membunuh diri,
syirik dan murtad.
-
Ihsan terhadap sesama ihsan
ialah:
Melakukan kebaikan,
memberikan khidmat bakti,
memberikan pertolongan,
bersikap adil, belas kasihan
dan berperi kemanusiaan.
-
Ihsan terhadap binatang
ialah:
Memelihara dengan baik atau
melepaskannya hidup bebas
dalam nature dan habitatnya.
Jika melakukan sembelihan
hendaklah dengan cara yang
paling baik seperti
menggunakan pisau yang tajam.
-
Ihsan terhadap alam sekitar
ialah:
Memelihara dan memulihara
alam sekitar supaya bersih
dari segala bentuk
kekotoran, pencemaran dan
kerosakkan. Menjadikan alam
sekitar tempat yang aman,
sejahtera, selesa dan indah
untuk dinikmati dan didiami.
|