|
Soalan L14.1 |
Nyatakan
Rukun san Syarat akad nikah. |
|
Jawapan: |
Rukun nikah: |
|
|
-
Suami
-
Isteri
-
Wali
-
Dua orang
saksi (lelaki yang adil)
-
Aqad (Ijab
dan Qabul)
|
|
|
Syarat Aqad: |
|
|
-
Ijab dan
Qabul berlaku dalam satu
majlis.
-
Ucapan
qabul tidak menyalahi
ijab.
-
Bahasa
yang digunakan jelas
maksudnya dan difahami
oleh wali, bakal suami
dan dua orang saksi.
-
Di antara
ijab dan qabul tidak
diselangi dengan
kata-kata yang lain.
|
|
Soalan L14.2 |
Terangkan
hikmat perkahwinan dalam
Islam. |
| |
|
|
Jawapan: |
Antara hikmat
perkahwinan ialah: |
| |
1. Mengikut
sunnah Rasulullah SAW. |
| |
2. Menikmati
kasih sayang dan
ketenteraman jiwa. |
| |
3. Mendapat
zuriat yang bersih dan
membina keluarga bahagia. |
| |
4. Memelihara
kehormatan dan mengelakkan
perbuatan
maksiat. |
| |
5. Membina
masyarakat berakhlak dan
bertanggungjawab. |
|
|
|
|
Soalan L14.3 |
Nyatakan
tanggungjawab suami isteri. |
|
Jawapan: |
Antara
tanggungjawab suami ialah: |
|
|
-
Memberi
nafkah zahir dan batin
terhadap isteri seperti
makanan, pakaian, tempat
tinggal dan rawatan
perubatan.
-
Memberi
layanan yang baik,
seperti memberi kasih
sayang dengan ikhlas,
baik tutur kata dan
perbuatan, menjaga
maruahnya, bertindak
dengan bijaksana tanpa
emosi dan membantu
isteri.
-
Memberi
didikan supaya isteri
menjadi wanita yang
solehah, taat beribadat
dan memahami ajaran
Islam.
|
|
|
Antara
tanggungjawab isteri ialah; |
|
|
-
Taat
kepada suami dalam semua
perkara yang tidak
bertentangan dengan
perintah Allah SWT,
menjaga maruah diri dan
maruah suami.
-
Memberi
layanan yang baik dan
ikhlas kepada suami,
seperti bergaul mesra,
pandai menyesuaikan diri
dengan keadaan suami dan
tidak melakukan sesuatu
perkara yang tidak
disenangi oleh suami.
-
Menjaga
harta suami dengan
bertanggungjawab dan
amanah. Bijak mengurus
harta dan jimat cermat.
|
|
|
Tanggungjawab
bersama antara suami isteri; |
|
|
-
Mengekalkan kerukunan
rumahtangga dan
mewujudkan persefahaman,
kesabaran, bertolak
ansur, bermusyawarah,
dan menggunakan
pertimbangan akal yang
sebaik-baiknya.
-
Memelihara dan mendidik
anak-anak dengan
pendidikan yang sempurna
dan penuh kasih sayang,
terutama dalam
Pendidikan Agama Islam
dan berlaku adil kepada
anak-anak.
-
Memberi
layanan yang saksama
kepada keluarga
kedua-dua belah pihak
dengan jalinan hubungan
silaturahim yang erat.
|
|
Soalan L14.4 |
Bagaimanakah
talak itu berlaku dan
nyatakan kesan buruk
daripadanya. |
|
Jawapan: |
(a)
Talak berlaku apabila suami
mengatakan kepada isterinya:
“Engkau tertalak” atau “Aku
ceraikan engkau”.
Talak juga boleh berlaku
dengan bahasa sindiran yang
disertai dengan niat seperti
“Engkau bebas”. Talak yang
boleh dirujuk hanya talak
satu dan talak dua sahaja.
(b)
Antara kesan buruk talak
ialah:
1.
Keruntuhan institusi rumah
tangga.
2. Anak-anak
berada dalam keadaan delima,
menjejaskan kasih sayang dan
penghormatan terhadap ibu
bapa.
3. Boleh
menyebabkan anak terbiar
yang yang membawa kepada
masalah sosial dan kegiatan
negatif.
|
|
Soalan L14.5 |
Bagaimana
penjagaan anak (Hadanah)
mengikut hukum Islam. |
|
Jawapan: |
Apabila
berlaku perceraian, ibu
lebih berhak dalam penjagaan
anak sehingga anak tersebut
berumur tujuh tahun (mumaiyiz).
Selepas
tempoh tersebut, anak itu
diberi pilihan sama ada dia
mahu dipelihara oleh ibunya
atau bapanya, dengan
mematuhi syarat penjagaan (hadanah).
Namun begitu,
pendidikan dan nafkah
terhadap anak tetap wajib
ditanggung oleh bapanya. |