|
Soalan L13.1 |
Terangkan jasa dan
pengorbanan ibu bapa yang
mesti dikenang oleh seorang
anak?. |
|
Jawapan: |
Jasa dan pengorbanan ibu
bapa yang mesti dikenang
oleh seorang anak ialah: |
|
|
(a)
Mengandung
(b)
Melahirkan
(c)
Menyusukan
(d)
Mengasuh
(e)
Mendidik
(f)
Memberi nafkah
(g)
Mengasihi
|
|
Soalan L13.2 |
Apakah perasaan mulia yang
mesti ada pada seorang anak
terhadap ibu bapa? |
|
Jawapan: |
Perasaan mulia yang mesti
ada pada seorang anak
terhadap ibu bapa ialah
kasih sayang. |
|
Soalan L13.3 |
Bagaimanakah cara
nebghormati ibu bapa? |
|
Jawapan: |
Cara menghormati ibu bapa: |
|
|
(a)
Beradab sopan seperti
bercakap baik, berlemah
lembut, bergaul mesra dan
sentiasa menjaga perasaan
mereka.
(b)
Mendoakan mereka.
(c)
Menziarahi mereka, sekiranya
anak tinggal di tempat yang
berasingan.
(d)
Menghormati sahabat-sahabat
mereka.
|
|
Soalan L13.4 |
Bagaimanakah cara mentaati
ibu bapa? |
|
Jawapan: |
Cara mentaati ibu bapa ialah: |
|
|
(a)
Patuh setiap suruhan ibu
bapa yang tidak bertentangan
dengan ajaran Islam.
(b)
Tidak membantah atau kasar
tutur kata terhadap ibu bapa. |
|
Soalan L13.5 |
Bagaimana cara berbakti
kepada ibu bapa? |
|
Jawapan: |
Cara berbakti kepada ibu
bapa ialah: |
|
|
(a)
Memberi sumbangan kebendaan,
terutama katika mereka dalam
keadaan susah.
(b)
Melayani mereka supaya tidak
hiba dan kesunyian.
(c)
Merawati mereka ketika sakit.
(d)
Membantu mereka
menyempurnakan ibadat
seperti menolong mengambil
wuduk.
(e)
Menjaga mereka ketika tidak
berupaya.
|
|
Soalan L13.6 |
Sila bacakan doa terhadap
ibu bapa. |
|
Jawapan: |
Mendoakan ibu bapa dengan
kebaikan, keampunan dan
rahmat Allah SWT seperti: |
|
|
 |
|
Soalan L13.7 |
Nyatakan akibat derhaka
kepada ibu bapa. |
|
Jawapan: |
Derhaka kepada ibu bapa
adalah dosa besar yang
membawa kepada balasan buruk
daripada Allah SWT di dunia
dan di akhirat. |