TUTORIAL PERKARA ASAS FARDHU 'AIN BERSAMA USTAZ ZAINUL
 

KOD 11 (SOLAT JENAZAH)

 

Soalan L11.1

Bagaimana kedudukan jenazah lelaki dan perempuan ketika hendak disolatkan.

Jawapan:

Kedudukan jenazah lelaki ialah kepalanya di sebelah kiri imam, manakala jenazah perempuan pula kepalanya di sebelah kanan imam.

 

Soalan L11.2

Dimanakah kedudukan imam dan ma’mum ketika hendak menunaikan solat jenazah laki-laki dan perempuan.

Jawapan:

Kedudukan imam bagi jenazah:

Laki-laki:

Imam berdiri bertentangan dengan kepala jenazah.

Perempuan:

Imam berdiri bertentangan dengan punggung jenazah.

 

Kedudukan ma’mum pula ialah di belakang imam, dan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dalam tiga saf dan berdiri rapat.

 

Soalan A11.1

Tunjukkan cara solat jenazah dengan betul dan sempurna.

Jawapan:

Sebelum pelajar menunjukkan cara solat jenazah, mereka hendaklah terlebih dahulu dapat membaca bacaan-bacaan berikut:

 

(a)

Lafaz niat solat jenazah:

 

 

 

Ertinya:

“Sahaja aku solat ke atas mayat ini, empat takbir fardu kifayah imam/mengikut imam kerana Allah Taala”.

(b)

Membaca Fatihah.

(c)

Selawat:

 

(d)

Doa bagi mayat (selepas takbir ke tiga)

 

 

Jika mayat kanak-kanak doanya ialah:

 

(e)

Doa selepas takbir keempat.

 

 

 

Peringatan

 

Sesuaikan gantinama (Domer) laki-laki “hu” dan gantinama perempuan “ha”.

 

Selepas calon dapat membaca bacaan yang tersebut di atas baharulah mereka dibolehkan melakukan tunjuk cara solat Jenazah mengikut susunan perlakuan berikut:

 

  1. Menyebut Lafaz niat solat jenazah.
  2. Takbir ihram serta dengan niat.
  3. Membaca Surah al Fatihah.
  4. Takbir.
  5. Membaca Selawat.
  6. Takbir.
  7. Membaca doa bagi mayat.
  8. Takbir.
  9. Membaca doa
  10. Salam.

 

 

 
 
 
Dibangunkan Oleh;
Haji Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid
Institut Pembangunan Pendidikan Islam
Bahagian Pendidikan Islam

Kementerian Pelajaran Malaysia