Soalan A7.1:
Tunjukkan cara bertayamum dengan betul
dan sempurna. |
Jawapan:
Cara bertayamum ialah: |
-
Menyediakan dan meratakan debu tanah
di atas tempat yang disediakan.
-
Mengadap kiblat.
-
Membaca: Bismillah hirrahma nirrahim.
-
Menyebut lafaz niat tayamum seperti
|
|
-
Menepuk dua tangan ke debu dengan
jari terbuka sambil berniat "sahaja
aku bertayamum untuk mengharuskan
solat Fardu kerana Allah taala" dan
mengekalkan niat sehingga menyapu
muka.
-
Menipiskan debu/ mengurangkan dengan
meniup atau menengkuh kedua-dua
tangan di luar tempat debu yang
disediakan.
-
Menyapu debu kemuka.
|
:
Kawasan muka ialah dari gigi rambut ke
bawah dagu dan dari anak telinga kanan
ke anak telinga kiri. |
-
Membuangkan debu musta'mal yang
masih melekat di tangan.
-
Menepuk kedua tapak tangan ke debu
untuk kali kedua di tempat yang lain
dengan jari terbuka, kemudian
menipiskannya dengan cara meniup
atau menengkuh kedua-dua tangan.
-
Menyapu tangan kanan dengan cara
meletakkan jari tangan kiri selain
ibu jari di bawah jari tangan kanan,
kemudian melurutkan jari tangan kiri
hingga ke pergelangan tangan kanan
dan digenggam sedikit kemudiannya
melurutkannya hingga ke siku.
Seterusnya dipusingkan tapak tangan
ke bahagian dalam siku dan
melurutkannya ke hadapan sehingga ke
pergelangan tangan dengan kedudukan
ibu jari masih terangkat.
-
Seterusnya melurutkan ibu jari kiri
ke belakang ibu jari kanan.
-
Menyapu tangan kiri dengan cara
meletakkan jari tangan kanan selain
ibu jari di bawah jari tangan kiri.
Kemudian melurutkan jari tangan
kanan hingga kepergelangan tangan
kiri, dan digengam sedikit kemudian
melurutkannya hingga ke siku.
Seterusnya dipusingkan tapak tangan
ke bahagian dalam siku dan
melurutkannya ke hadapan sehingga ke
pergelangan tangan dengan kedudukan
ibu jari masih terangkat. Seterusnya
melurutkan ibu jari kanan di
belakang ibu jari kiri.
-
Menyelati jari kanan dan kiri.
|