|
Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ialah
beberapa perkara yang terpenting
dari Fardu Ain yang berkaitan
dengannya, yang terkandung dalam
Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam.
PAFA hendak dipastikan supaya
tiap-tiap murid / pelajar
benar-benar mengetahui, memahami dan
boleh mengamalkannya dengan cara
yang betul dan sempurna sebagaimana
yang ditetapkan oleh syarak.
TUJUAN
-
Mengenalpasti murid/pelajar yang
lemah dalam kefahaman dan amalan
Perkara Asas Fardu Ain, kemudian
membimbing sehingga mereka
dengan sendirinya faham dan
dapat mengamalkan dengan betul
dan sempurna.
-
Mempastikan tidak terdapat
sebarang keciciran dalam Perkara
Asas Fardu Ain. Dengan perkataan
lain, menentukan kejayaan 100%.
-
Menimbulkan dan menyuburkan
keinsafan dan kerelaan yang
positif untuk menghayati amalan
kehidupan sehari-hari.
PERATURAN
1. Penilaian
Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)
dijalankan dalam ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian
Menengah Rendah (PMR), dan
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM).
2.
Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA)
dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.
3. Penilaian
dijalankan sendiri oleh guru mata
pelajaran Pendidikan Islam di kelas
masing-masing sebagai proses
penilaian biasa dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
4.
Penilaian dijalankan secara lisan
dan amali mengikut sebagaimana yang
telah ditetapkan.
5. Soalan
dan jawapan penilaian adalah
sebagaimana yang telah ditetapkan
dalam laman web ini. Soalan dan
jawapan tersebut tidak rahsia.
Murid-murid hendaklah diberitahu
lebih awal.
6. Tempuh
penilaian bermula dari hari pertama
pada penggal pertama persekolahan
dalam tahun peperiksaan berkenaan,
dan berakhir sebulan sebelum tarikh
peperiksaan bertulis dijalankan.
7. Sepanjang
tempuh penilaian tersebut, murid
hendaklah diberi masa, peluang dan
bimbingan yang secukupnya untuk
mengulang, memperbetulkan dan
memperbaiki kesalahan dan kelemahan
sehingga mereka dengan sendirinya
faham dan dapat mengamalkan sesuatu
kelemahan dengan jaya, betul dan
sempurna.
8. Pencapaian
murid hendaklah dicatat dari masa ke
semasa secara kemaskini dalam Borang
Individu dan Borang Berkelompok.
Catatan tersebut adalah rekod bagi
proses dan keputusan penilaian yang
dicapai oleh murid/pelajar.
9. Suatu
penyetaraan akan dijalankan oleh
Kementerian Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri/ Bahagian/ Daerah
sebagai sebahagian dari tugas
penyeliaan harian biasa. Penyetaraan
adalah untuk tujuan pengesahan dan
pelaporan penilaian.
10. Pencapaian
LULUS dalam sesuatu KOD/TAJUK ialah
apabila murid faham dan dapat
mengamalkan kemahiran
sekurang-kurangnya pada tahap
keupayaan yang PALING MINIMUM
sekira-kira 'SAH' di segi Syara'.
11. Murid
/Pelajar diakui LULUS dalam
keseluruhan penilaian Perkara Asas
fardu Ain apabila mereka berjaya
memahami dan mengamalkan semua KOD/TAJUK
soalan yang ditetapkan.
12. Pihak
sekolah hendaklah melaporkan
keputusan penilaian kepada Lembaga
Peperiksaan Kementerian Penidikan
menurut prosedur biasa yang
ditetapkan.
13. Kementerian
Pendidikan akan melaporkan
pernyataan 'LULUS' atau 'GAGAL'
dalam keputusan atau sijil
peperiksaan. Pernyataan tersebut
tidak mengubah atau menjejaskan
sistem penggredan dan aggregat
keputusan peperiksaan yang sedang
berjalan sekarang. |