Penghargaan

Laman Web ini adalah merupakan sebahagian daripada Projek Penyelidikan yang saya laksanakan bagi memenuhi syarat lulus Sarjana Pendidikan UKM. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penyelia saya, Yg. Bhg. Dr. Nik Mohd Rahimi bin Nik Yusoff kerana bimbingan dan tunjuk ajar beliau yang sangat berharga. Terima Kasih juga kepada rakan-rakan guru Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ) yang terlibat sebagai responden dalam usaha saya menilai Laman Web ini. Semoga projek yang tidak seberapa ini memberi manfaat kepada seluruh warga Kelas Kemahiran al-Quran yang tidak jemu-jemu memberi inspirasi kepada saya untuk terus memartabatkan Pendidikan al-Quran. 

Maklum Balas

Saya mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan dalam usaha menambahbaik Gerbang ini. Sebarang cadangan bolehlah dihantar melalui email : zainul64@yahoo.com

Info

Kebanyakan dokumen yang terkandung dalam Laman Web ini adalah dalam format Flash dan PDF. Para pengguna dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat instalasi perisian FlashPlayer dan Acrobat Reader yang boleh diperolehi secara percuma di dalam internet.

Tips

Bagi membolehkan anda mendapat paparan terbaik, anda hendaklah menggunakan Pelayar Internet Explorer dengan resolusi skrin 1280 X 800. Pelayar lain seperti firefox dan lain-lain tidak sesuai dengan laman web ini.