|
Satu
daripada keunikan Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran
Agama (KAA) ialah wujudnya Kelas Kemahiran
Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ).
Kelas Khas
Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ)
telah dilaksanakan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA) sejak tahun 1986
hingga sekarang.
Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan
mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelajaran
(JPP) pada tahun 1985.
Kelas
Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ)
merupakan salah satu daripada aktiviti
ko-kurikulum di SMKA dan KAA berdasarkan
pekeliling KP(BPPP) Sulit/03/9/JPP/M(87).
Kelas ini hendaklah dilaksanakan di sekolah
tertentu.
Jawatan
guru al-Quran di SMKA dan KAA telah
diperuntukkan di dalam senarai perjawatan
(B26) tahun 2002 berdasarkan MEMO daripada
Bahagian Sumber Manusia Kementerian
Pendidikan Malaysia KP(PP) 0050/Jld.43(9)
bertarikh 8 Mac 2002.
JAPIM dari
masa ke semasa sentiasa mengadakan
kursus-kursus khas kepada guru-guru yang
mengajar KKQ di SMKA. Kursus yang sama juga
akan diberikan kepada guru-guru yang
mengajar di KAA bagi menambah atau
melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan
dan kemahiran dalam bidang berkaitan.
STATUS
Kelas
Kemahiran Al-Quran adalah salah satu
kegiatan ko-kurikulum yang dilaksanakan di
SMKA dan KAA seluruh negara. Namun begitu di
sekolah berkenaan ia wajib dilaksanakan tiga
jam dalam seminggu bagi setiap tingkatan
mengikut sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan.
OBJEKTIF
Setelah
mempelajari Kemahiran al-Quran murid dapat:-
|
1 |
Membaca dan menghafal surah-surah
tertentu daripada Al-Quran secara
bertajwid dan mengamalkannya di
dalam kehidupan seharian. |
|
2 |
Memahami dan menghayati
perkara-perkara yang berkaitan
dengan Al-Quran merangkumi aspek
sejarah penulisan, pengumpulan,
pembukuan, surah dan asbabun-nuzul. |
|
3 |
Mengetahui lagu-lagu Al-quran dan
mempraktikkannya dalam bacaan harian. |
|
4 |
Mengetahui, membezakan dan membaca
wajah-wajah bacaan Qiraat Sabie. |
KANDUNGAN
KURIKULUM
Tingkatan
Satu hingga Tiga
|
1 |
Tajwid |
|
2 |
Hafazan |
|
3 |
Ulum Al-Quran |
|
4 |
Qiraat Sabie |
|
5 |
Tarannum |
Tingkatan 4 dan 5:
|
1 |
Tajwid |
|
2 |
Hafazan |
|
4 |
Qiraat Sabie |
|
5 |
Tarannum |
PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
|
1 |
Setiap murid yang mengikuti kelas
ini akan mengikuti Peperiksaan Khas
yang dilaksanakan semasa tingkatan
tiga dan juga tingkatan lima. |
|
2 |
Peperiksaan dilaksanakan dalam
bentuk lisan dan juga objektif (anika
pilihan) meliputi aspek hafazan,
tajwid, tarannum, ulum quran dan
qiraat sabie. Semua soalan
disediakan oleh Jawatankuasa Khas di
Kementerian Pelajaran Malaysia. |
|
3 |
Peperiksaan Lisan akan dilaksanakan
oleh guru yang mengajar mengikut
panduan yang telah ditentukan.
Panduan dan format ujian akan
dihantar kepada guru berkenaan.
Markah yang telah siap akan dihantar
kepada Kementerian untuk disatukan
dengan markah peperiksaan objektif. |
|
4 |
Peperiksaan objektif dilaksanakan
serentak di seluruh negara. Skrip
jawapan calon akan dihantar kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
diperiksa dan diberi markah. |
|
5 |
Murid yang lulus dalam peperiksaan
tersebut akan dianugerahkan sijil
yang ditandatangani oleh timbalan
Ketua Pengarah Pelajaran (JAPIM)
yang merupakan pengerusi
Jawatankuasa Khas Kelas Khas
Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran. |
JADUAL
WAKTU
Jadual
yang diperuntukkan untuk kelas ini adalah
tiga jam seminggu seperti yang telah
diputuskan oleh Jawatankuasa Perancangan
Pelajaran (JPP)
STATUS
MURID
|
1 |
Adalah dicadangkan supaya bilangan
murid dalam sesebuah kelas tidak
melebihi 20 orang. Ini bagi
membolehkan guru memberi tumpuan
kepada tiap-tiap murid secara
undividu dan latih tubi. |
|
2 |
Murid hendaklah dipilih dari
kalangan mereka yang baik dan lancar
membaca Al-Quran kerana kandungan
sukatan pelajaran dalam mata
pelajaran ini adalah tinggi. |
STATUS
DAN PERANAN GURU AL-QURAN
Guru Al-Quran
adalah jawatan Over & Above diberi kepada
sekolah menengah harian biasa yang mempunyai
KAA dan juga SMKA. Di antara tugas dan
tanggungjawab guru Al-quran ialah :
|
1 |
Melaksanakan kelas KKQ. |
|
2 |
Mereka boleh (dengan budibicara)
diminta mengajar mata pelajarn lain
seperti Pendidikan Islam dan Bahasa
Arab sekiranya masih terdapat
kekosongan dalam jadual mereka. |
|
3 |
Bertanggungjawab melaksanakan
projek-projek khas yang berkaitan
dengan Al-Quran seperti Kelas
Pemulihan dan sebagainya. |
|
4 |
Membimbing murid-murid membaca AL-Quran |
|
5 |
Menanam minat murid dan warga
sekolah kepada Al-Quran sehingga
terbentuk masyarakat celik Al-Quran. |
|
6 |
Bertanggungjawab membasmi buta Al-Quran
di kalangan pelajar. |
|
7 |
Menjadi tempat rujukan warga sekolah
berkaitan dengan Al-Quran dan aspek
kemahiran Al-Quran. |
|
8 |
Mematuhi arahan pengetua sekolah dan
menjalankan tugas yang diarahkan
dari masa ke semasa. |
|