PENGHAYATAN ADAB TERHADAP IBUBAPA DI DALAM PERKARA ASAS FARDHU AIN, SATU PENILAIAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH HULU SELANGOR

(Penyelia : Dr. Ab. Halim Tamuri)

NORHAYATI FATMI BINTI TALIB (2003)

ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap perlaksanaan PAFA pelajar tingkatan empat di lima buah sekolah menengah daerah Hulu Selangor aspek adab tethadap ibubapa. Tumpuan kajian ada1ah untuk melihat tahap penghayatan keseluruhan pelajar, perbezaan tahap penghayatan berdasarkan sekolah, jantina, aliran, tahap pendidikan al-Quran, gred pencapaian Pendidikan Islam PMR dan kawasan tempat tinggal pelajar. Kajian ini menggunakan model penilaian Stufflebeam CIPP. Sampel terdiri daripada 214 orang pelajar, 204 orang pelajar untuk menjawab soal selidik dan 10 orang pelajar lagi dipiih untuk ditemu bual. Penganalisisan data melalui soal selidik dilaksanakan dengan perisian SPSS versi 10.0. Ujian-T, Korelasi dan ANOVA digunakan untuk mengolah data dan menjawab hipotesis kajian. Bagi data temu bual pula dianalisis secara manual dengan mengeluarkan tema-tema penting. Umumnya, hasil kajian mendapati: Tahap penguasaan dan penghayatan pelajar arnat baik dalam aspek adab terhadap ibubapa, terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pendidikan al-Quran terhadap penguasaan dan penghayatan PAFA pelajar aspek adab terhadap ibubapa, terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar berlainan gred pencapaian Pendidikan Islam PMR dalam penguasan PAFA aspek adab terhadap ibubapa dan penguasaan PAFA pelajar mempunyai hubungan yang kuat dengan penghayatan PAFA pelajar aspek adab tethadap ibubapa. Dapatan juga menunjukkan perlaksanaan PAFA dilakukan dengan baik di sekolah.